BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 27, 2010

PELANTIKAN PENGAWAS SKKT SESI 2010

Pada 27hb Januari 2010 Lembaga Pengawas dan Dispilin dan Unit Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas bagi sesi 2010. Majlis tersebut telah diadakan pada pukul 12 tengah hari dan dirasmikan oleh Cif Inspektor Mazlan bin Seti yang merupakan Ketua Balai Polis Taman Setia Indah, Johor Bahru. Turut menghadiri majlis tersebut ialah Haji Harun bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau, barisan Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau.

Haji Harun bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau menyampai Cenderahati kepada Cif Inspektor Mazlan bin Seti, Ketua Balai Polis Taman Setia Indah, Johor Bahru di atas kesudian beliau merasmikan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas
Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau bagi sesi 2010.

Cif Inspektor Mazlan bin Seti menyampaikan watikah perlantikan pengawas.

Pengawas-pengawas Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau sesi 2010 bersedia menggalas tanggungjawab dalam membantu pihak sekolah menjayakan misi dan visi sekolah.

Ikrar Pengawas dipimpin oleh Ketua Pengawas sesi 2010.

Turut bersama dalam majlis tersebut barisan
Guru Penolong Kanan
Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau.

Puan Sabariah dan Puan Izan mengacarakan majlis.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau turut menjayakan majlis.



Tuesday, January 19, 2010

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Pada 19hb Januari 2010 taklimat headcount kepada murid-murid tahun telah diadakan di Dewan Terbuka SKKT. Taklimat tersebut turut dihadiri Guru Besar SKKT, Haji Harun bin Abdullah, Naib YDP PIBG, En Shafi bin Manan, GPK Pentabiran, Puan Nurul Ain binti Hussein, guru dan murid-murid tahun 6.


Guru Besar SKKT, Haji Harun bin Abdullah menyampaikan amanat dengan penuh semangat dan didengari murid dengan khusyuk.

En. Shafi bin Manan memberi ucapan yang menyentuh kebajikan murid-murid tahun 6. Beliau dan YDP PIBG, Haji Sukarno bin Haji Sayuti tidak pernah jemu membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi UPSR.

Puan Suzni binti Kaulan selaku Setiausaha Peperiksaan UPSR Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau menyampaikan taklimat headcount kepada murid-murid tahun enam.

Tuesday, September 29, 2009

Contohi SKKT Bantu Murid Susah

JOHOR BAHRU 18 Sept. - Usaha murni Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau (SKKT) di sini harus dijadikan contoh dan diberi pujian kerana menubuhkan Tabung Amal Aidilfitri bagi membantu murid-murid daripada keluarga miskin dan anak yatim.


Setelah berjaya mengumpul sumbangan daripada guru, kakitangan serta ibu bapa dan murid-murid, SKKT berjaya memperoleh dana berjumlah RM12,525.


SKKT baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada 110 murid miskin termasuk 21 anak yatim bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri tahun ini.


Penerima diberi sepasang baju raya dan duit raya bagi menceriakan sambutan 1 Syawal nanti.

Bantuan kepada murid-murid berkenaan disampaikan oleh Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKKT, Shafi Manan di dewan sekolah berkenaan. Turut hadir Guru Besar SKKT, Harun Abdullah dan Guru Penolong Kanan 1 SKKT, Nurul Ain Hussein.


Shafi berkata, majlis tersebut diadakan dengan kerjasama PBIG SKKT untuk membantu murid-murid daripada keluarga miskin serta anak yatim.


Program itu juga diharap dapat memupuk semangat prihatin dan saling membantu di kalangan murid-murid sekolah berkenaan pada masa akan datang, katanya.


ARKIB : 19/09/2009 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm